HARI WARGA STAF 2025

Pengenalan
- Hari Warga Staf Universiti Sains Malaysia yang diadakan sejak tahun 1999 merupakan salah satu aktiviti rasmi Universiti bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan antara semua warga Universiti Sains Malaysia dari Kampus Kesihatan, Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT).
- Penganjuran Hari Warga Staf ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua staf pelbagai peringkat yang melibatkan staf Pengurusan dan Profesional, Akademik dan Pelaksana.
- Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa sambutan Hari Warga Staf ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan kerjasama antara warga Universiti Sains Malaysia.
- Antara aktiviti Hari Warga Staf ini meliputi aspek kebudayaan dan kesukanan. Adalah menjadi harapan setiap warga Universiti Sains Malaysia agar sambutan Hari Warga Staf kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.

OBJEKTIF
- Memberi peluang kepada staf untuk melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang terluang.
- Sebagai ruang untuk saling mengenali dan mengeratkan silaturrahim di kalangan staf antara kampus.
- Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat menghormati dan menanam nilai- nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan.
- Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf Universiti Sains Malaysia sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.
Logo
Hari Warga Staf 2025

Maksud Logo:
Reka bentuk ini menggabungkan minimalisme dengan elemen visual kontemporari, mencerminkan kemajuan, keterangkuman dan kreativiti staf USM dalam memacu misi universiti.
Di Sebalik Logo:
Tiga Figur Manusia Abstrak
(Oren, Putih, Ungu)
- Melambangkan warga staf USM dari pelbagai jabatan dan latar belakang
- Posisi tangan yang diangkat memberi simbolik semangat, keterlibatan, dan aspirasi bersama ke arah kecemerlangan
- Kedudukan yang dinamik menunjukkan pergerakan ke hadapan, selaras dengan misi transformasi USM
Jalur Melengkung
(Oren + Ungu Gradient)
- Simbol kemajuan, arus perubahan, dan kesinambungan
- Seolah-olah ‘mengangkat’ figure manusia — menyampaikan mesej bahawa setiap staf disokong oleh sistem dan komuniti organisasi
- Bentuknya yang menyokong di bawah memberi gambaran solidarity dan kerangka organisasi yang mantap
Tiga Bentuk Menegak Hitam di Bawah
(Gaya dinamik tajam)
- Melambangkan akar kekuatan organisasi: struktur sokongan, asas kukuh dan tenaga kerja berdedikasi
- Seolah-olah mencengkam atau menolak ke atas, menunjukkan dorongan dari bawah ke atas — staf sebagai pemangkin kejayaan universiti
Enam Bulatan Warna di Bawah
- Mewakili warna setiap kontinjen yang menyertai Hari Warga Staf 2025
- Mewakili kepelbagaian latar belakang, peranan dan nilai dalam kalangan staf
- Menyerlahkan prinsip inklusif, harmoni dan kolaborasi merentas jabatan dan bidang
Tipografi "Hari Warga Staf 2025"
- Ditulis dalam font sans-serif yang moden dan jelas, memberi imej mesra, profesional dan kontemporari
- Tahun “2025” dipisahkan dan diwarnakan berbeza untuk penekanan tahun acara, menonjolkan ia sebagai sambutan tahunan yang signifikan
Elemen Segitiga Pelbagai Warna Bertaburan
- Mewakili idea, tenaga dan interaksi antara warga staf yang saling melengkapi
- Segitiga menggambarkan stabiliti & keseimbangan, tetapi dengan arah dan warna yang berbeza — simbol kepada kepelbagaian tetapi tetap menuju arah yang sama