Skip to main content

MASTERCHEF

  • 16 Ogos 2025 (Sabtu)
  • 8.00 Pagi
  • Padang Kawad, Kompleks Sukan Kampus Kejuruteraan

ATUR CARA

8.00 Pagi
  • Pengesahan Pendaftaran Peserta
8.15 Pagi
  • Taklimat Penyertaan
8.30 Pagi
  • Pertandingan Bermula
11.30 Pagi
  • Pertandingan Tamat
11.35 Pagi
  • Proses Penjurian & Pemarkahan Bermula
12.00 Tengah Hari
  • Proses Penjurian & Pemarkahan Tamat
12.15 Tengah Hari
  • Pengumuman Keputusan Pertandingan dan Penyampaian Hadiah
12.30 Tengah Hari
  • Jamuan Makan Kenduri kepada Peserta Kontinjen Mengikut Kontinjen Masing- Masing
1.00 Petang
  • Acara Tamat, Membersih Kawasan Pertandingan & Bersurai
ATUR CARA

Konsep Masakan

  • Masak Kawah
  • Tema: "Masakan Utara Malaysia"
  • Menu dipertandingkan (Penjurian):
       i. 1 Menu Nasi
      ii. 1 Menu Lauk
     iii. 1 Menu Sayur
     iv. 1 hidangan Pencuci Mulut (Desert)
      v. Air Minuman
  • Resipi Utama lauk (ii) mestilah menggunakan batang pisang sebagai bahan utama atau bahan asas penting
  • Masakan nasi, lauk dan sayur (i,ii, iii) harus sesuai untuk 200 orang makan (anggaran hidangan jamuan)

Syarat Pertandingan 'Masak Kawah' Masterchef

TERBUKA KEPADA

  • 5 Kontinjen yang telah ditetapkan

FORMAT PENYERTAAN

  • Setiap kontijen terdiri daripada 10 ORANG sahaja (5 Lelaki & 5 wanita)
  • Sekurang-kurangnya 1 orang daripada kontijen merupakan gred 9 dan ke atas
  • Setiap kontijen perlu melantik seorang Ketua Pasukan sebagai wakil rasmi

PERSIAPAN DAN HIDANGAN

  1. Setiap kontinjen wajib mempamerkan resepi di softboard yang telah disediakan di khemah masing-masing

  1. Tiada persediaan awal yang boleh dibuat sebelum masa pertandingan bermula. Contoh: bawang yang siap dikisar. Semua proses perlu dilakukan pada hari pertandingan. Juri boleh memotong markah jika salah laku dikesan

  1. Selesai memasak, setiap kontinjen perlu menghidangkan juadah yang telah dimasak mengikut kreativiti masing-masing bagi tujuan penjurian

  1. Segala peralatan yang diperlukan untuk hidangan penjurian hendaklah disediakan oleh kontinjen masing-masing

  1. Urus Setia akan menyediakan satu (1) meja bulat dan 6 kerusi bankuet untuk tujuan penjurian di khemah masing-masing

PERALATAN & BAHAN MASAKAN

1. Setiap kontinjen akan dibekalkan:

PENYEDIAAN OLEH JAWATANKUASA PENGANJUR

ITEM

KUANTITI/SETIAP KONTINJEN

Batang Pisang

8 Kg

Beras

20 Kg

Daging

15 Kg

Tong Gas Memasak

2 Unit

Tungku

2 Unit

Dapur

2 Unit

Plastik Sampah

2 Helai

Ais

1 Beg

Pinggan Kertas

200 Unit

Khemah

1 Unit

Meja (6 x 4)

1 Unit

Meja (4 x 4)

2 Unit

Meja Bankuet Bulat untuk Penjurian (alas meja tidak disediakan)

1 Unit

Kerusi Bankuet

6 Unit

Softboard

1 Unit

Plug Point
(Tambahan Extension perlu dibawa sendiri oleh kontinjen)

1 Unit

Tong Sampah

1 Unit

Sumber Air Melalui Saluran Paip & Sinki Berpaip

1 Unit

2. Lain-lain bahan mentah disediakan sendiri oleh kontinjen dan peruntukan akan diberikan tidak melebihi RM250.00.

3. Kontinjen hendaklah membawa peralatan sendiri selain daripada yang disediakan oleh penganjur (spt: kawah, pisau, senduk, alat mencuci, dll)

Masa Pertandingan

1. Masa memasak diberikan selama 3 jam

2. Masa mula dan tamat akan ditetapkan dan perlu dipatuhi

JURI

  1. Juri terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 orang pakar yang diiktiraf dalam bidang masing-masing

  2. Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan

Kriteria PEMARKAHAN

KRITERIA

PERATUSAN

Rasa dan keaslian masakan

40

Kreativiti dan persembahan hidangan

20

Kebersihan dan pengurusan dapur

20

Kerjasama dan semangat berpasukan

20

JUMLAH

100

PEMBERIAN MARKAH KUMPULAN

Markah keseluruhan pasukan akan ditentukan melalui kategori berpasukan sahaja

KEDUDUKAN

MARKAH PASUKAN

1

100

2

80

3

60

4

40

5

20

KESELAMATAN & KEBERSIHAN

1. Semua peserta wajib menjaga kebersihan dan keselamatan makanan sepanjang pertandingan

2. Memakai sarung tangan, penutup kepala dan apron adalah digalakkan

3. Kawasan memasak mesti dibersihkan selepas pertandingan

Taklimat

Sesi taklimat berhubung acara ini telah dilaksanakan bersama wakil semua kontinjen pada 15 Julai 2025.

BORANG PENDAFTARAN

Sila emelkan Borang Pendaftaran kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 31 Julai 2025, sebelum jam 5.00 petang

HUBUNGI URUSETIA

Ustaz Nukman Bin Ahmad Zakir

Ahli Jawatankuasa Penganjur merangkap Ketua Acara MASTERCHEF

Telefon : 04-599 3883 @ 013- 628 2270
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Encik Ahmad Yazid Bin Yahya

Telefon : 04-599 5483 @ 017- 475 5003
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.