HORA HORE SPORTIVA (SUKANEKA)
-
16 Ogos 2025 (Sabtu)
-
8.00 Pagi - 1.00 Petang
-
Padang A, Kompleks Sukan Kampus Kejuruteraan

ATUR CARA
8.00 Pagi |
|
8.45 Pagi |
|
9.00 Pagi |
|
12.30 Tengah Hari |
|
Kategori
Acara Kategori Lelaki (Hora)
- Kandaq Air
- Larian Bersarung
- Getah Panjang
- Sudu Bertelur
Acara Kategori Wanita (Hore)
- Lenggang Mak Limah
- Sharp Shooter
- Kembar Siam
- Rugby Bowl
Acara Vip
- Golden Boots (Lelaki)
- Jom Memancing (Wanita)
PERATURAN PERMAINAN ACARA HORA HORE SPORTIVA
ACARA KATEGORI LELAKI (HORA)
KANDAQ AIR
- Setiap pasukan terdiri daripada 10 orang peserta lelaki
- Setiap pasukan akan dibekalkan dengan set kandar oleh Urusetia
- Setiap pasukan dikehendaki berada di lorong yang telah ditetapkan
- Setiap peserta akan berlari ke tempat yang ditetapkan untuk mengambil set kandar dan kemudian perlu mengisikan air didalam set kandaq tersebut
- Peserta dikehendaki berlari membawa set kandaq dan mengisi air ke dalam bekas yang disediakan di hujung lorong pasukan
- Kemenangan Kontigen akan dikira berdasarkan jumlah Air Kandaq yang dikumpulkan
LARIAN BERSARUNG
- Setiap pasukan terdiri daripada 10 orang peserta lelaki
- Lima (5) peserta ditempatkan di garisan awal dan lima (5) peserta lagi diletakkan di garisan akhir
- Peserta diberikan guni dan tiga cawan kertas
- Peserta perlu berlari didalam guni sambil membawa cawan dan memasukkan cawan kertas ke dalam kayu halangan dan menuju kepada peserta seterusnya sehingga sampai ke peserta yang terakhir
- Pasukan yang berjaya menamatkan permainan ini dahulu akan dikira sebagai pemenang pertama,kedua dan seterusnya
GETAH PANJANG
- Setiap pasukan terdiri daripada 10 orang peserta lelaki sahaja
- Setiap peserta dibekalkan dengan sebatang straw yang sama saiz, manakala peserta kesepuluh dibekalkan straw yang lebih besar
- Kesemua peserta dalam setiap pasukan dikehendaki berbaris panjang dengan jarak 1 meter antara satu sama lain
- Peserta pertama diberi 50 urat getah
- Setiap peserta meletakkan straw yang diberi kedalam mulut
- Apabila wisel berbunyi peserta pertama mengambil seutas getah diletakkan di straw dan membawa getah tersebut kepada peserta kedua dengan cara memasukkan gelungan getah yang dibawanya ke straw peserta kedua tanpa menggunakan tangan
- Peserta kesepuluh dikehendaki mempertahankan gelungan getah di strawnya tanpa menjatuhkannya Getah yang jatuh tidak diambil kira
- Getah perlu dikumpul sebanyak mungkin sehingga tamat masa yang diberikan
- Jumlah getah yang terkumpul akan menentukan kemenangan pasukan
SUDU BERTELUR
- Lima (5) peserta akan ditempatkan di garisan permulaan dan lima (5) lagi peserta di garisan penamat
- Apabila permainan dimulakan, peserta pertama di garisan permulaan dikehendaki memakai kain batik dan topi kebun yang disediakan dan berjalan dengan membawa bola ping-pong dengan sudu digigit ke garisan penamat dimana peserta kedua sedang menunggu
- Apabila sampai di hujung garisan, peserta pertama perlu menyerahkan bola ping-pong, kain batik dan topi kebun ke peserta kedua untuk diteruskan permainan. Permainan diteruskan sehingga peserta kesepuluh
- Semasa peserta berlari atau berjalan, kedua belah tangan perlu diletakkan di bahagian belakang dan jika bola ping-pong tersebut terjatuh, peserta dikehendaki meletakkan kembali bola ping-pong tersebut ke dalam sudu dan peserta boleh meneruskan perjalanan tanpa perlu mengulangi semula pada kedudukan asal
- Pemenang adalah berdasarkan kepada peserta terakhir yang paling awal tiba digarisan penamat
ACARA KATEGORI WANITA (HORE)
LENGGANG MAK LIMAH
- Setiap pasukan terdiri daripada 10 orang peserta Wanita
- Lima (5) peserta hendaklah berbaris di garisan permulaan dan lima (5 peserta lagi di garisan penamat
- Apabila wisel dibunyikan,peserta pertama dikehendaki memakai topi kebun, google dan menyarung kain pelikat dan mengelecek bola melalui halangan menuju ke peserta kedua di garisan penamat
- Setelah tiba,peserta pertama dikehendaki menyerahkan topi kebun, google dan kain pelikat serta bola kepada peserta kedua dan peserta kedua melakukan perkara yang sama seperti peserta pertama dan begitulah seterusnya sehingga tamat 10 peserta
- Pasukan yang berjaya menamatkan permainan dahulu dikira sebagai pemenang pertama,kedua,ketiga dan seterusnya
SHARPSHOOTER
- Setiap pasukan terdiri daripada 10 orang peserta Wanita
- Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan 1 biji bola
- Apabila wisel dibunyikan,peserta pertama dikehendaki memakai topi kebun, google dan menyarung kain pelikat dan berlari melalui halangan menuju ke tempat lontaran yang berada di hujung lorong. Apabila sampai, peserta dikehendaki membuat jaringan
- Setelah membuat jaringan, peserta dikehendaki berpatah balik ke garisan permulaan untuk peserta kedua meneruskan permainan dan seterusnya
- Seorang peserta akan membuat lontaran satu kali sahaja. Begitulah seterusnya sehingga habis 10 orang peserta membuat lontaran
- Bola tepat masuk ke jaring akan dikira satu mata
- Pemenang akan dikira dari jumlah jaringan terbanyak
KEMBAR SIAM
- Setiap pasukan terdiri daripada 10 orang peserta wanita dan dibahagikan kepada 5 pasangan
- Setiap pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan
- Setiap pasangan akan dibekalkan dengan sebiji bola futsal dan 4 biji bola tenis
- Apabila wisel dibunyikan, pasangan pertama perlu meletakkan sebiji bola futsal di bahagian belakang badan masing-masing sambil memegang 2 biji bola tenis di kedua-dua belah tangan.
- Pasangan perlu berjalan menuju ke garisan pasangan kedua di penghujung garisan bertentangan melalui halangan yang disediakan
- Pasukan yang berjaya menamatkan permainan dahulu akan dikira sebagai pemenang tempat pertama dan seterusnya
RUGBY BOWL
- Setiap pasukan terdiri daripada 10 orang peserta wanita dan dibahagikan kepada 5 pasangan
- Setiap lorong diletakkan 1 biji botol air 0.5 liter di hujung garisan
- Semua peserta ditempatkan di garisan permulaan
- Apabila wisel berbunyi, peserta pertama perlu memakai kain pelikat yang disediakan dan berlari ke garisan Tengah
- Apabila sampai peserta perlu menggolekkan bola ragbi yang telah disediakan menuju ke botol air 0.5 liter di hujung garisan untuk dijatuhkan
- Setiap peserta hanya akan membuat golekkan sebanyak sekali sahaja
- Kemenangan Pasukan dikira pada jumlah jatuhan botol air
ACARA VIP
GOLDEN BOOTS (LELAKI)
- Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang peserta lelaki VIP sahaja
- Apabila permainan dimulakan, peserta pertama dikehendaki memakai kain pelikat yang disediakan dan berlari ke garisan ketiga
- Setelah sampai di garisan ketiga, peserta dikehendaki memakai kasut getah yang telah disediakan dan menyepak bola ke tiang gol yang disediakan
- Setiap peserta berpeluang bermain sebanyak 3 kali sepakan
- Setelah habis 3 kali sepakan, peserta dikehendaki menanggalkan kasut getah dan berlari kegarisan permulaan serta menanggalkan kain pelikat untuk diserahkan kepada peserta kedua
- Pemenang akan dikira dari jumlah gol yang terbanyak
JOM MEMANCING (WANITA)
- Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang peserta wanita VIP Wanita sahaja
- Apabila permainan dimulakan, peserta pertama dikehendaki memakai kain pelikat yang disediakan dan berlari ke garisan ketiga
- Setelah sampai di garisan ketiga, peserta dikehendaki mengangkat joran yang disediakan dan mulakan pancingan botol plastik dihadapan peserta
- Pancingan botol-botol tersebut perlu dimasukkan ke dalam bakul yang disediakan
- Setelah berjaya memasukkan botol ke dalam bakul, peserta perlu berpatah balik ke garisan permulaan bagi menyerahkan joran ke peserta kedua
- Pasukan yang berjaya mengumpul botol yang paling banyak dalam masa yang ditetapkan dan diumumkan sebagai pemenang
SYARAT-SYARAT PENYERTAN PERTANDINGAN
- Setiap pasukan mesti mendaftar maksima sepuluh (10) orang peserta sahaja bagi setiap acara mewakili kontinjen masing-masing
- Setiap pasukan mesti memakai baju kontinjen/baju pasukan yang seragam
- Setiap pasukan bagi acara yang disertai mesti mengandungi sekurang-kurangnya seorang (1) staf daripada kategori Pengurusan & Profesional (Pentadbiran/Akademik)
- Peserta juga perlu mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh urusetia Sukaneka.
- Peserta-peserta dikategorikan VIP adalah seperti berikut:
- Dekan
- Pengarah CoE
- Ketua-Ketua Jabatan
- Pemangku Dekan/Pengarah/Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah/Ketua Jabatan
- Ketua Kontinjen
- Pegawai Universiti Gred 14 (54) & Keatas
- Setiap Kontijen perlu menghantar Peserta VIP yang terdiri daripada kategori yang dinyatakan diatas yang disertai seramai lima (5) orang yang terdiri daripada semua peserta lelaki atau semua peserta wanita mengikut permainan
- Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan tidak akan dilayan
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
- Setiap peserta dibenarkan menyertai dua (2) acara sukaneka sahaja
- Semua peserta dikehendaki mengikut arahan atau peraturan yang telah ditetapkan oleh Urusetia Sukaneka
- Kemenangan setiap acara adalah berdasarkan kepada kepantasan masa atau jumlah mata yang dikumpul
- Setiap pasukan perlu menamakan Ketua Pasukan bagi setiap acara yang disertai
- Peralatan setiap acara sukaneka yang dipertandingkan akan disediakan oleh urusetia
- Undian lorong akan dibuat sebelum setiap acara bermula
- Senarai terakhir peserta setiap acara perlu diserahkan kepada urusetia sekurang-kurangnya 20 minit sebelum acara bermula untuk pengesahan
SYARAT UMUM ACARA VIP
- Peserta-peserta dikategorikan VIP adalah seperti berikut:
- Dekan
- Pengarah CoE
- Timbalan Pengarah
- Ketua-Ketua Jabatan
- Pemangku Dekan/Pengarah/Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah/Ketua Jabatan
- Ketua Kontinjen
- Pegawai Universiti Gred 14 (54) & Keatas
- Setiap Kontigen perlu menghantar Peserta VIP yang terdiri daripada kategori yang dinyatakan diatas
- Jumlah peserta bagi satu pasukan ialah seramai 5 orang bagi setiap acara
- Semua peserta dikehendaki mengikut arahan atau peraturan yang telah ditetapkan oleh Urusetia Sukaneka
- Pengadil untuk semua acara terdiri daripada AJK Kecil Sukaneka
- Skim Pemarkahan bagi setiap pasukan adalah seperti berikut :
KEDUDUKAN | MARKAH |
Pertama | 100 |
Kedua | 80 |
Ketiga | 60 |
Keempat | 40 |
- Borang-borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada AJK Sukaneka yang telah dilantik bagi setiap acara selewat-lewatnya pada 8 Ogos 2025
- Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan
PEMBERIAN MARKAH KUMPULAN
Markah keseluruhan pasukan akan ditentukan melalui kategori berpasukan sahaja
KEDUDUKAN | MARKAH PASUKAN |
1 | 100 |
2 | 80 |
3 | 60 |
4 | 40 |
5 | 20 |
TAKLIMAT
Sesi taklimat berhubung acara ini telah dilaksanakan bersama wakil semua kontinjen pada 15 Julai 2025.
BORANG PENDAFTARAN
Sila emailkan Borang Pendaftaran kepada
BORANG PENDAFTARAN ACARA VIP
Sila emailkan Borang Pendaftaran kepada
HUBUNGI URUSETIA
Encik Mohd Fazly Bin Yusof
Telefon : 04-599 5467 @ 012 – 5010778
Emel :