Skip to main content

PENTAS MALAM GALAU (PERSEMBAHAN PENTAS)

  • 16 Ogos 2025 (Sabtu)
  • 7.45 Malam
  • Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan, USM

ATUR CARA

7.45 Malam
  • Ketibaan Warga USM
7.50 Malam
  • Ketibaan Ketua-Ketua Jabatan dan Dif Jemputan
8.15 Malam
  • Ketibaan YBhg. Dato’ Seri Naib Canselor & isteri
8.30 Malam
  • Nyanyian lagu Negaraku dan Menara Ilmu
  • Persembahan Multimedia
  • Acara Pentas Malam Galau bermula
11.00 Malam
  • Pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah
11.30 Malam
  • Majlis tamat
ATUR CARA

KONSEP PERSEMBAHAN

Drama Muzikal

TEMA

CERITERA RAKYAT

PETA LALUAN

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN

  1. Penyertaan terbuka kepada semua warga staf USM

  1. Persembahan mestilah menepati konsep dan tema persembahan

  1. Diwajibkankepada setiap kumpulan mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang staf daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 9 dan ke atas dan mestilah terlibat sebagai pelakon

  1. Ketua Kontinjen atau Timbalan Ketua Kontinjen atau Ketua Jabatan diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam persembahan

  1. Jumlah maksimum peserta bagi setiap kumpulan ialah 20 orang

  1. Setiap kontinjen perlu menyediakan softcopy poster persembahan (jpeg) bersaiz A1 dalam bentuk potrait untuk dipamerkan pada malam persembahan

  1. Durasi masa maksimum bagi setiap persembahan adalah 15 minit tidak termasuk persediaan

  1. 2 minit masa persediaan set diberikan bagi setiap persembahan

  1. Pengiraan masa bermula setelah 2 minit masa persediaan tamat sehingga selesai keluar daripada ruang pentas / off stage

  1. Setiap kontinjen dibekalkan maksima 5 headworn dan 2 cordless. Peralatan luar dibenarkan

  1. Lakonan dan bahasa yang digunakan hendaklah dipastikan bersopan, tidak berbaur fitnah, berunsur lucah, provokatif dan tidak menyentuh isu politik dan sensitiviti kaum serta agama

  1. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan

PAKAIAN / KOSTUM DAN PROP

  1. Pakaian semasa persembahan berdasarkan kreativiti setiap kumpulan tetapi mestilah bersopan dan bersesuaian dengan tema keseluruhan persembahan

  1. Perhiasan lain adalah mengikut kreativiti setiap kumpulan

  1. Penggunaan sebarang props asli yang tajam atau berbahaya seperti pisau, keris, bahan api, letupan dan seumpamanya dibenarkan dengan pengendalian pakar

MUZIK / LAGU / MELODI

1. Muzik iringan boleh menggunakan CD, pendrive atau secara minus one

2. Bagi kumpulan yang membawa muzik secara live, back line disediakan

3. Muzik secara langsung (live) dibenarkan

4. Setiap kumpulan perlu sediakan krew teknikal dan krew pentas sendiri

HURAIAN TEMA

  1. Tema malam persembahan ialah ‘Cerita Rakyat’

  2. Props, lagu, penceritaan, dialog, kostum dan pemakaian mestilah bertepatan dengan cerita yang dipilih

  3. Penceritaan boleh bersifat global (Malaysia / negara luar)

KRITERIA PEMARKAHAN

PEMBERIAN MARKAH KUMPULAN

Markah keseluruhan pasukan akan ditentukan melalui kategori berpasukan sahaja

KEDUDUKAN

MARKAH KUMPULAN

1

100

2

80

3

60

4

40

5

20

UNDIAN

Proses undian giliran persembahan akan diadakan pada tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kemudian

TAKLIMAT

Taklimat kepada Pengurus / Ketua / Wakil akan diadakan pada tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kemudian

BORANG PENDAFTARAN

Sila emailkan Borang Pendaftaran kepada kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 7 Ogos 2025, sebelum jam 5.00 petang

HUBUNGI URUSETIA

Encik Mohd Nur Badri bin Mohd Nazli

Ahli Jawatankuasa Penganjur merangkap Ketua Acara Pentas Malam Galau

Telefon : 04-599 5538 @ 019-594 0101
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Encik Mohamad Farool bin Mohd Harun

Telefon : 04-599 5539 @ 013-723 5320
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Puan Nur Aisyah binti Mustafa

Telefon : 04-599 5531 @ 010-395 9316
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.