Terhad kepada 8 orang peserta sahaja (4 wanita dan 4 lelaki) untuk setiap kontingen
Peserta yang mempunyai masalah kesihatan atau penyakit kronik (contoh: asma, sakit jantung dan sebagainya) tidak digalakkan untuk turut serta
Borang penyertaan boleh di muat turun melalui laman sesawang rasmi Hari Warga Staf 2025
Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua kumpulan
Keselamatan peserta adalah dibawah tanggungan sendiri, pihak penganjur tidak bertanggungjawab jika terdapat kemalangan atau sebarang kejadian yang tidak diingingi berlaku
Sebarang keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Semua peserta perlu berkumpul di khemah urusetia pada jam 8.15 pagi
Kumpulan yang tidak cukup ahli kumpulan akan dibatalkan 15 minit sebelum pertandingan bermula
Semua peserta hanya dibenarkan untuk berjalan kaki atau berlari sahaja
Semua peserta tidak dibenarkan untuk berbasikal atau menaiki apa jua jenis kenderaan
Pertandingan akan diadakan di sekitar Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia
Arahan atau soalan (KLU) akan diberi sebelum pelepasan dan di setiap checkpoint
Pemenang akan ditentukan melalui mata perolehan tertinggi
Sebarang bentuk alat komunikasi seperti telefon bimbit boleh digunakan sepanjang pertandingan
Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan
PEMBERIAN MARKAH KUMPULAN
Markah keseluruhan pasukan akan ditentukan melalui kategori berpasukan sahaja
Setiap kumpulan akan mengumpulkan markahnya pada setiap checkpoint
Terdapat 6 checkpoint sepanjang pertandingan dan pada setiap checkpoint akan diberikan maksimum 20 markah dan seterusnya
KEDUDUKAN
MARKAH PASUKAN
1
20
2
15
3
10
4
8
5
6
6
4
Markah akan diberikan oleh Marsyal yang bertugas pada setiap checkpoint setelah selesai tugasan. Setiap checkpoint mempunyai 2 marsyal yang bertugas
Masa akan diambil dan dicatatkan semasa kumpulan sampai dan meninggalkan checkpoint. Masa yang diperuntukan bagi setiap checkpoint adalah 10 minit sahaja. Penalti atau denda akan diberikan kepada setiap tugasan yang tidak dapat dilaksanakan
Pemenang akan ditentukan melalui masa terpantas keseluruhan aktiviti (garisan permulaan hingga garisan penamat) dan mata yang terkumpul bagi setiap checkpoint
Markah keseluruhan pasukan akan ditentukan melalui kategori berpasukan sahaja
KEDUDUKAN
MARKAH PASUKAN
1
100
2
80
3
60
4
40
5
20
TAKLIMAT
Taklimat kepada Pengurus / Ketua / Wakil akan diadakan pada tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kemudian
Sila emailkan Borang Pendaftaran kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.selewat-lewatnya pada 08 Ogos 2025, sebelum jam 5.00 petang
HUBUNGI URUSETIA
Puan Hasliza Binti Mat Saad
Ahli Jawatankuasa Penganjur merangkap Ketua Acara HUNT NGINEERS
Telefon : 04-599 5503 @ 010-3979827 Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.