Skip to main content

HOOK ME UP (Memancing)

  • 16 Ogos 2025 (Sabtu)
  • 8.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
  • Kolam Rekreasi, REDAC

ATUR CARA

8.00 Pagi
  • Pendaftaran Peserta
8.45 Pagi
  • Persediaan Urus Setia
9.00 Pagi
  • Pertandingan Bermula
12.00 Tengah Hari
  • Acara Tamat
ATUR CARA

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN

  1. Setiap pasukan mesti mendaftar maksima 10 orang peserta sahaja
  1. Setiap pasukan mesti memakai baju kontinjen/baju pasukan yang seragam
  1. Pertandingan diadakan dua (2) kategori iaitu kategori individu dan kategori berpasukan:
  • Pemenang kategori individu ditentukan berdasarkan berat seekor ikan setiap peserta (hadiah nombor 1 hingga nombor 10 sahaja)
  • Pemenang kategori berpasukan ditentukan berdasarkan berat keseluruhan ikan yang diperolehi pasukan
  1. Setiap pasukan diwajibkan membawa balik semua hasil tangkapan ikan yang diperolehi
  1. Masa pertandingan adalah 3 jam sahaja (9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari)
  1. Pendaftaran ahli pasukan dan joran bermula jam 8.00 pagi hingga 8.45 pagi
  1. Semua peserta dibenarkan berada di sekitar kolam bermula jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 petang sahaja. Sebelum dan selepas pertandingan semua pasukan tidak dibenarkan berada disekitar kolam pertandingan
  1. Keselamatan peserta pemancing adalah di bawah tanggungan sendiri, pihak penganjur tidak bertanggungjawab jika terdapat kemalangan atau sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku
  1. Sebarang keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

  1. Setiap peserta hanya dibenarkan menggunakan satu (1) joran yang berdaftar sahaja
  1. Setiap peserta hanya dibenarkan menggunakan maksima dua (2) mata kail sahaja
  1. Setiap pasukan mesti membawa umpan pancing sendiri. Pihak penganjur TIDAK menyediakan umpan untuk peserta
  1. Setiap pasukan dibenarkan menggunakan jenis umpan tersendiri KECUALI organ haiwan, katak, cicak dan umpan yang berbau busuk
  1. Teknik pancingan dasar sahaja yang dibenarkan
  1. Hanya ikan yang memakan umpan sahaja layak dikira untuk timbangan (bull)
  1. Marshall pertandingan yang akan mengesahkan ikan yang dipancing layak untuk ditimbang dan marshall akan memberi kad pengesahan kepada peserta untuk dibawa bersama ikan ke khemah timbangan
  1. Hanya pemilik joran sahaja dibenarkan untuk membawa hasil tangkapan ke khemah penganjur untuk timbangan. (ikan dan joran peserta mesti dibawa bersama kad pengesahan marshall untuk rekod semasa proses timbangan)
  1. Ikan yang dinaikkan selepas siren tamat dibunyikan tidak akan dikira

PEMBERIAN MARKAH KUMPULAN

Markah keseluruhan kumpulan akan ditentukan melalui kategori berpasukan sahaja

KEDUDUKAN

MARKAH PASUKAN

1

100

2

80

3

60

4

40

5

20

TAKLIMAT

Taklimat kepada Pengurus / Ketua / Wakil akan diadakan pada tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kemudian

BORANG PENDAFTARAN

Sila emelkan Borang Pendaftaran kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 08 Ogos 2025, sebelum jam 5.00 petang

HUBUNGI URUSETIA

Encik Mohammad Najhan Bin Awang

Ahli Jawatankuasa Penganjur merangkap Ketua Acara HOOK ME UP

Telefon : 04-599 6597 @ 019 – 461 4760
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.