Pengumuman Keputusan Pertandingan & Penyampaian Hadiah
11.00 Malam
Majlis tamat/Bersurai
ATUR CARA
TEMA PERTANDINGAN
Pertandingan Tenpin Boling Hari Warga Staf USM 2025 dengan tema “STRIKING STRIKE”
Setiap pasukan pilih satu warna tema ‘striking atau color blocking’
Outfit, aksesori dan gaya adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing
Hadiah untuk outfit Pasukan Paling Style
SYARAT UMUM PERTANDINGAN
Peserta mestilah terdiri daripada staf tetap / kontrak / sambilan sedang berkhidmat di USM
Pasukan yang mendaftarkan peserta yang bukan staf USM sebagaimana syarat 1 di atas akan dibatalkan penyertaan
Setiap pasukan perlu mengisi borang yang disediakan dan diserahkan kepada Urus Setia pertandingan Boling Tenpin HWS 2025 sebelum atau pada 31 Julai 2025
Setiap kontinjen perlu mendaftar; Dua Belas (12) orang PEMAIN UTAMA dalam satu pasukan iaitu:
Tiga (3) pemain wanita dari pelbagai gred jawatan
Tiga (3) pemain dari Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Ketua Jabatan (lelaki atau wanita)
Enam (6) pemain sama ada lelaki atau pun wanita dari mana-mana kumpulan jawatan
Pemain Gantian Setiap kontinjen disarankan untuk menyediakan pemain gantian bagi setiap kategori sebagai langkah persediaan sekiranya pemain utama tidak dapat hadir atau menarik diri sebelum pertandingan bermula
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas tuntutan, kerugian atau kecederaan atau kemalangan kepada pemain/ penonton sebelum,semasa dan selepas pertandingan
SYARAT PERMAINAN
Setiap pemain akan bermain sebanyak tiga (3) permainan sahaja. Jumlah markah kesemua pemain dalam pasukan akan dikira bagi menentukan jumlah keseluruhan markah pasukan
Permainan akan dijalankan menggunakan sistem cross lane, di mana setiap pemain akan bermain di dua lorong bersebelahan secara bergilir-gilir mengikut giliran yang telah ditetapkan. Cara permainan ini akan digunakan sehingga permainan tamat
Giliran bermain mesti dipatuhi. Setiap pemain perlu memastikan hanya seorang sahaja yang berada di lorong pada satu-satu masa dari setiap pasukan
Pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah keseluruhan jatuhan pin setiap satu pasukan. Sekiranya jumlah keseluruhan jatuhan pin pasukan adalah sama, maka pemenang dikira berdasarkan skor tertinggi permainan terakhir pasukan tersebut
Sekiranya terdapat mana-mana pemain yang menarik diri semasa permainan sedang berlangsung, markah yang telah diperoleh oleh pemain tersebut kekal dikira, tetapi baki permainan yang tidak dimainkan akan dianggap 0 markah. Pasukan masih boleh meneruskan permainan, namun markah keseluruhan akan terjejas mengikut jumlah skor sedia ada
Sekiranya pemain membuat balingan di lorong yang salah (tersalah lorong), markah balingan tersebut tidak akan dikira dan balingan tersebut tidak boleh diulang. Pemain perlu menunggu giliran seterusnya untuk meneruskan permainan. Semua peserta diingatkan supaya sentiasa peka dan memastikan lorong yang digunakan adalah betul mengikut giliran
Jika seorang pemain mengalami kecederaan semasa permainan dan tidak dapat meneruskan permainan, markah yang diperoleh setakat itu akan dikira sebagai markah muktamad bagi pemain tersebut. Pasukan dibenarkan untuk meneruskan permainan tanpa pengganti. Namun, sekiranya kecederaan berlaku sebelum permainan bermula, pasukan boleh menamakan pemain gantian mengikut kategori peserta, tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa pertandingan
Semua pasukan diminta untuk hadir 30 minit lebih awal untuk sesi taklimat ringkas dan pembahagian lorong.
PAKAIAN
Semua peserta digalakkan memakai pakaian mengikut TEMA PERTANDINGAN- “STRIKING STRIKE”
Pakaian hendaklah sopan dan tidak menjolok mata
PERATURAN-PERATURAN LAIN
Ketua pasukan dikehendaki mendaftarkan nama pemain-pemain 15 MINIT SEBELUM pertandingan bermula
Semua pemain adalah tertakluk kepada syarat-syarat pertandingan yang ditetapkan oleh Penganjur Pertandingan Tenpin Boling Hari Warga Staf USM 2025 dan Pengurusan Pusat Boling selain syarat-syarat sedia ada untuk pertandingan ini
Semua pemain perlu menjaga tatakelakuan dan nama baik Universiti Sains Malaysia
PEMARKAHAN
Pemain perlu merekodkan jumlah jatuhan pin di akhir sesi setiap permainan secara manual di dalam score sheet yang disediakan dan perlu mendapatkan pengesahan Jawatankuasa Penganjur sebelum permainan seterusnya dimulakan
Markah keseluruhan bagi setiap pasukan akan dikira dengan menjumlahkanskor individu bagi semua pemain dalam pasukan. Pasukan dengan jumlah skor tertinggi keseluruhan permainan (3 permainan), akan dinobatkan sebagai pemenang
Markah akan direkod secara automatik oleh sistem pusat boling dan akan disahkan oleh petugas teknikal/jawatankuasa pertandingan. Sebarang kesilapan atau pertikaian hendaklah dimaklumkan segera kepada pihak teknikal sebelum permainan seterusnya dimulakan
PEMBERIAN MARKAH KUMPULAN
Markah keseluruhan pasukan akan ditentukan melalui kategori berpasukan sahaja
KEDUDUKAN
MARKAH PASUKAN
1
100
2
80
3
60
4
40
5
20
TAKLIMAT
Taklimat kepada Pengurus / Ketua / Wakil akan diadakan pada tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kemudian
Sila emelkan Borang Pendaftaran kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 31 Julai 2025, sebelum jam 5.00 petang
HUBUNGI URUSETIA
Encik Said Bin Saidin
Ahli Jawatankuasa Penganjur merangkap Ketua Acara BOLING
Telefon : 04-599 6651 @ 012-488 1792 Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Puan Norzalilah Binti Ahmad
Telefon : 04-599 6485 @ 016-556 7445 Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Profesor Madya Dr. Azam Taufik Bin Mohd Din
Telefon : 04-599 6466 @ 013-488 8185 Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Puan Nor Zainah Binti Bahari
Telefon : 04-599 5461 @ 019-572 0049 Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.