Skip to main content

ROPE WARRIORS (TARIK TALI)

  • 16 Ogos 2025 ( Sabtu)
  • 10.00 Pagi
  • Padang A, Kompleks Sukan, Kampus Kejuruteraa, USM

ATUR CARA

10.00 Pagi
  • Peserta diminta Bersedia
10.15 Pagi
  • Pertandingan Pertama dimulakan (Pertandingan seterusnya akan diselang selikan dengan acara sukaneka)
12.30 Tengah Hari
  • Keputusan Pemenang dijangka diumumkan
ATUR CARA

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN & PENDAFTARAN

  1. Setiap pasukan terdiri daripada peserta LELAKI dalam kalangan staf USM sahaja

  2. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar sepuluh (10) orang peserta termasuk dua (2) orang pemain simpanan

  3. Setiap pasukan mestilah disertai sekurang-kurangnya SEORANG peserta dari Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Gred 9 dan ke atas

  4. Pendaftaran hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan oleh penganjur

  5. Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian

PERATURAN PERTANDINGAN

  1. Peserta tidak dibenarkan memakai kasut semasa pertandingan

  1. Peserta yang berdaftar di dalam borang penyertaan sahaja dibenarkan bertanding dan setiap pasukan akan disemak mengikut pendaftaran

  1. Tiap-tiap pasukan hendaklah melaporkan diri sepuluh (10) minit sebelum pertandingan dimulakan

  1. Pilihan tempat akan dibuat secara undian

  1. Semua tarikan adalah tarikan 'short pull’

  1. Tiap-tiap tarikan akan diadili oleh pengadil yang dilantik dan keputusan adalah MUKTAMAD

  2. Pertandingan akan bermula dengan arahan pengadil seperti berikut:

  • Angkat Tali
  • Sedia
  • Tiupan wisel menandakan permulaan pertandingan
  • Tiupan wisel menandakan pertandingan selesai
  • Tiupan dua (kali) menandakan batal
  • “Tekong” (anchor) tidak boleh melilit badannya dengan tali tetapi boleh melilit tali melalui bawah ketiak dan meletakkan di atas bahu dan hujung tali dilepaskan
  • Jumlah tarikan maksimum adalah tiga (3) kali. Pemenang dua (2) tarikan, akan dikira sebagai pemenang
  • Sekiranya dua (2) pasukan seri selepas dua (2) tarikan, rehat lima (5) minit akan diberi, tarikan ke tiga (3) akan dimulakan selepas hakim menentukan tempat dan undian
  • Peserta-peserta yang jatuh hendaklah bangun dengan serta merta. Tidak boleh terus menarik tali sambil duduk diatas padang, amaran akan diberi sebanyak dua (2) kali berulang-ulang. Jika amaran tidak dipatuhi pasukan ini dikira kalah (disqualified). Kemenangan akan diberi kepada pihak lawan
  1. Pertandingan akan bermula dengan arahan pengadil seperti beriku Tiap-tiap pasukan dibenarkan hanya seorang sahaja sebagai ketua sorak ‘Cheer Leader’ semasa perlawanan

SISTEM PERTANDINGAN

  1. Pertandingan akan dijalankan secara kalah singkir / kalah mati
  1. Pertandingan akan dibuat secara undian
  1. Hanya dua pasukan sahaja akan bertanding di peringkat kumpulan dan pemenang akan mara ke peringkat separuh akhir bersama 3 pasukan lain (Bye)
  1. Pada peringkat separuh akhir, setiap pemenang akan bertemu di peringkat akhir bagi menentukan tempat pertama dan kedua
  1. Manakala kumpulan yang tewas di pusingan separuh akhir akan bertemu untuk penentuan tempat ke 3 dan tempat ke 4

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIPERUNTUKAN

  1. Mana-mana yang tidak diperuntukan adalah bidang kuasa Jawatankuasa Pertandingan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pengelola

  1. Jawatankuasa pertandingan berhak untuk membuat sebarang pindaan pada Peraturan Pertandingan ini pada bila-bila masa diperlukan. Jawatankuasa berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak mengikut garis panduan yang diberikan. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD

  1. Pihak urusetia penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan yang berlaku semasa pertandingan dijalankan

ETIKA PAKAIAN

Pakaian sukan yang sesuai untuk acara ini

JADUAL PERTANDINGAN

PEMBERIAN MARKAH KUMPULAN

Markah keseluruhan pasukan akan ditentukan melalui kategori berpasukan sahaja

KEDUDUKAN

MARKAH PASUKAN

1

100

2

80

3

60

4

40

5

20

TAKLIMAT

Taklimat kepada Pengurus / Ketua / Wakil akan diadakan pada tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kemudian

BORANG PENDAFTARAN

Sila emelkan Borang Pendaftaran kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya pada 08 Ogos 2025, sebelum jam 5.00 petang

HUBUNGI URUSETIA

Encik Mohd Isshak Mohd Isa

Ahli Jawatankuasa Penganjur merangkap Ketua Acara ROPE WARRIORS

Telefon : 04-599 5030 @ 012-463 1556
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Encik Khairul Nazaruddin Bin Khalid

Ahli Jawatankuasa Kecil Acara Rope Worriors

Telefon : 04-5995038 atau 019-4512760
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.