Skip to main content

La La Loud (Sorakan)

  • 16 Ogos 2025 (Sabtu)
  • 8.30 Pagi
  • Padang A, Kompleks Sukan Kampus Kejuruteraan

ATUR CARA

8.30 Pagi
  • Peserta mula berkumpul
8.35 Pagi
  • Pertandingan Sorakan kontinjen bermula
12.30 Tengah Hari
  • Keputusan pemenang dijangka diumumkan
ATUR CARA

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Setiap kontinjen adalah WAJIB menyertai pertandingan LA LA LOUD di padang mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di bawah:

  1. Setiap kontinjen dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 20 orang peserta dan maksimum 30 peserta

  2. Setiap kontinjen perlu memakai pakaian kemas, seragam dan bersesuaian dengan suasana, warna rasmi kontinjen dan tema Hari Warga Staf USM 2025. "Warga Ceria, Gemilang Bersama"

  3. Persembahan / formasi oleh setiap kontinjen hendaklah dilakukan dalam tempoh masa 3 minit

  4. Kontinjen dibenarkan menggunakan elemen muzik sebagai tambahan dalam persembahan, dan seorang petugas hendaklah ditugaskan untuk mengurus aspek teknikal muzik.

  5. Unsur-unsur provokasi adalah dilarang sama sekali

  6. Pemarkahan adalah berdasarkan kriteria pemarkahan semasa sorakan dan sorakan sokongan setiap acara yang dipertandingkan. Keputusan pertandingan akan diumumkan selepas selesai kesemua acara padang

  7. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD

KRITERIA PEMARKAHAN

KEDUDUKAN

MARKAH PASUKAN

Persembahan / Formasi

30

Semangat dan Kesepaduan

30

Kreativiti & Keseragaman Pakaian

20

Sokongan acara
(Acara Hora Hore Sportiva dan Rope Wariors)

10

Identiti & Bendera Kontinjen

10

JUMLAH

100

PEMBERIAN MARKAH KUMPULAN

Markah keseluruhan pasukan akan ditentukan melalui kategori berpasukan sahaja

KEDUDUKAN

MARKAH PASUKAN

1

100

2

80

3

60

4

40

5

20

TAKLIMAT

Sesi taklimat berhubung acara ini telah dilaksanakan bersama wakil semua kontinjen pada 15 Julai 2025.

BORANG PENDAFTARAN

Tiada Keperluan

HUBUNGI URUSETIA

Puan Siti Zaharah Jemaron @ Liliq

Ahli Jawatankuasa Penganjur merangkap Ketua Acara LA LA LOUD

Telefon : 04-599 6205 @ 012-6050440
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.